miera's Blog

Just another WordPress.com site

ISU PEMAKAIAN PURDAH ATAU BURQA DI LUAR NEGARA Julai 25, 2010

Filed under: Uncategorized — rosmiera @ 1:19 pm

Globalisasi hadir dengan membawa segala macam fenomena baru yang tidak terfikir tergapai dan terlaksana oleh kita, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dewasa ini, dunia dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru yang telah bercanggah dengan moral Islam. Globalisasi yang ditandai arus gelombang zaman peringkat ketiga seperti mana menurut sarjana barat, telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral sesebuah masyarakat. Sebutlah apa jua segala bentuk perubahan ini. Antaranya seperti pelakuan yang tidak bermoral seperti vandalisme, pelacuran, rasuah (yang kini lebih dikenali sebagai duit kopi: nmpak manis didengar), buang anak dan banyak lagi masalah-masalah yang sedang hangat melata di dada-dada akhbar kini. Surat khabar kini sudah boleh dianggap sebagai diari jenayah. Inilah hakikatnya apa yang sedang di alami  oleh kita di negara Malaysia ini.

Tetapi bagaimana pula dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat di luar negara khususnya saudara kita umat Islam di sana? Adakah lebih baik? Lebih teruk? Isu yang sedang hangat diperkatakan dan didengari kini adalah ISU PEMAKAIAN PURDAH. Apakah yang dimaksudkan dengan purdah? Purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, yang dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung/jilbab. Purdah di dalam bahasa Arab disebut Niqab  نقاب. Ia sering dipakai di Negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman dan UAE. Ia juga biasa di pakai di negara Pakistan, manakala sesetengah wanita Muslim di United Kingdom juga turut mengenakan purdah ini.

Apa yang ingin di kupaskan tentang ISU PEMAKAIAN PURDAH DI LUAR NEGARA INI? Munurut arkib utusan online luar negara yang bertarikh 13 Mei 2010, pada 12 Mei 2010 di negara Paris penggubal undang-undang Perancis telah sebulat suara meluluskan satu resolusi yang menegaskan pemakaian purdah adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan yang diasaskan negara itu. Resolusi yang diluluskan dangan 434 undian tanpa sebarang bantahan  merupakan persediaan asas bagi cadangan mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam termasuk di jalan-jalan. Seorang daripada penggubal undang-undang tersebut juga turut membandingkan wanita Islam yang bepakaian sedemikian ibarat ‘hantu’ dan keranda bergerak!!!

Manakala di negara London pula iaitu bekas Setiausaha Luar Britain yang kini merupakan Ketua House of Commons, Jack Straw telah mencadangkan supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan kominikasi dan bersikap lebih terbuka. Dalam ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, Straw menulis mengenai ketidakselesaan beliau apabila sesorang itu berkomunikasi dengan seseorang tanpa tanpa melihat wajahnya. Adakah ini satu alasan yang logik?

Selain itu negara Syria iaitu selaku negara Islam juga telah melarang para guru dan pelajar memakai purdah di universiti kerajaan mahupun swasta. Ini kerana menurut pegawai pemerintah, langkah itu diambil bagi melindungi identiti sekular serta ia juga dikaitkan dengan gerakan aktivis salafi.

Larangan memakai purdah ini dilakukan kerana mereka (khasnya Barat) telah melabelkan bahawa pemakaian purdah itu adalah ‘uniform pengganas’. Adakah alasan ini wajar? Jangan hanya alasan menutup kain dimuka dijadikan alasan untuk melabelkan wanita Islam itu seorang pengganas. Manakala di negara Perancis pula banyak pihak yang telah berpendapat bahawa undang-undang melarang pemakaian simbol agama (purdah) itu bertujuan untuk menyerlahkan kedudukan Perancis sebagai sebuah negara sekular di sebalik lima juta umat Islam yang menjadi rakyat negara berkenaan.

Dalil yang mebenarkan memakai purdah:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.                                                                              (Surah al-Ahzab: 59)

Musuh-musuh Islam tidak henti-henti berusaha untuk menjauhkan orang Islam dari agama yang haq dan lurus ini. di setiap tempat dan kesempatan mereka akak sedaya upaya untuk melontarkan tuduhan-tuduhan keji yang ditujukan kepada umat Islam. Tahukah apa sebenarnya yang mereka inginkan? Mereka hanya menginginkan satu perkara iaitu menghancurkan agama Islam dan merosakkan generasi Islam serta menyebarkan kekejian di tengah-tengah masyarakat yang beriman.

Advertisements
 

One Response to “ISU PEMAKAIAN PURDAH ATAU BURQA DI LUAR NEGARA”

  1. Mr WordPress Says:

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s