miera's Blog

Just another WordPress.com site

JOM CARI BERKAT DI BULAN RAMADHAN… Ogos 16, 2010

Filed under: Uncategorized — rosmiera @ 3:36 pm

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan kini sudah pun tiba. Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem. Sudah nak dekat seminggu umat Islam berpuasa. Bagaimana penyertaan kita di pesta ibadah bulan Ramadhan ini? Penuh? Lompang? Ada la sikit? Tepuk dada tanyalah sendiri.

Imam al-Ghazali telah membahagikan puasa kepada tiga tahap.

Pertama: Tahap terbaik (khusus al-khusus)

  • Seseorang Islam yang berjaya mengawal nafsunya bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan yang lain yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasanya.

Kedua: Khusus

  • Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri dari maksiat batin.

Ketiga: Umum

  • Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.

Di manakah tahap kita?? Mengapa kita masih berada di tahap kedua dan ketiga?? Manusia kini ghairah mencari keduniaan yang berbentuk material. Tidak langsung memikirkan tentang hari Pembalasan kelak yang perlu diimbangi dengan urusan duniawi dan ukhrawi. Mentang-mentanglah pahala itu tidak boleh dilihat. Jika pahala itu ibarat gores dan menang?? Bestnye. Kalau kita lakukan sesuatu perkara terus dapat hadiah. Jadi, tidak perlulah di wujudkan Neraka. Asalkan sudah melaksanakan kewajiban puasa, sudah dikira mendapat full mark dalam berpuasa.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu” (riwayat Muslim).

Masya Allah, alangkah ruginya umat Islam yang mensia-siakan dan tidak memanfaatkan kedatang bulan yang mulia ini. ini kerana di bulan Ramadhan inilah Allah memberi  keistimewaan yang berupa ganjaran pahala yang berganda-ganda bagi sesiapa yang mengerjakan amalan kebaikan. Ia tidak diberi oleh Allah melainkan di dalam bulan Ramadhan ini!

Rasulullah ada bersabda:

“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun” (riwayat Ibnu Abid Dunya)

Mengapa Allah Memfardhukan Puasa

Setiap apa yang berlaku mestilah ada hikmahnya. Begitu juga puasa di bulan Ramadhan ini. Bukan sengaja Allah menyuruh umat Islam berpuasa. Namun di bulan inilah  ia memberi impak atau natijah yang amat besar kepada sesiapa yang melaksanakan tanggungjawabNya.  Memang tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba-hambanya.

Hikmah-hikmah berpuasa adalah:

1)      Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya yang ingin makan dan minum, namun wujud perasaan yang menyedari dirinya puasa lantas menghalang keinginan tersebut. Dalam menghadapi dugaan sebegini, hatinya sedar terhadap pemerhatian Allah, lantas ianya mengingati Allah dan kekuasaanNya.

2)      Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci. Allah mengkehendaki hambaNya supaya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatanyang menghampirkan diri kepadaNya. Pensyariatan puasa ini adalah cara yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepadaNya.

3)      Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-duanya bertentangan dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyraiatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat-sifat tersebut.

4)      Sifat berkasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam. Akan tetapi, orang kaya tidak dapat menghayati kasih–sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai keperitan, kesempitan dan kepahitan hidup yang diburu kelaparan. Oleh itu bulan puasa merupakan waktu terbaik bagi golongan kaya untuk menyelami perasaan orang miskin.

Rasulullah pernah memberi penekanan bulan Ramadhan di dalam khutbah baginda iaitu:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah fardu dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”

Terlalu banyak gandaan pahala yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang melakukan perkara kebaikan di bulan Ramadhan. Allah akan menunaikan janjiNya kepada hambaNya yang melaksanakan suruhannya.

Antara perkara-perkara yang membawa keberkatan di bulan Ramadhan ialah:

1)      Banyakkan memberi sedekah,solat sunat tarawikh, membaca dan tadarus al-Quran.

2)      Beriktikaf di masjid terutamanya pada sepuluh hari akhhir bulan Ramadhan.

3)      Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan yang memberahikan.

4)      Meninggalkan bekam di kepala, di badan dan seumpamanya serta merasa makanan atau mengunyahnya.

5)      Memberi juadah berbuka kepada orang yang berpuasa.

6)      Mengelakkan pembaziran.

7)      Mengurangkan tidur ketika di siang hari

Banyak lagi perkara-perkara kebaikan yang boleh dilakukan di bulan yang penuh dengan gandaan pahala ini. di dalam bulan Ramadhan ini jugalah segala bentuk penyucian jiwa daripada segala kekotoran duniawi dan dosa-dosa sebelum ini boleh dilakukan mulai sekarang agar ia boleh diistiqamahkan di bulan-bulan yang berikutnya. InsyaAllah. Semoga segala perkara yang dilakukan hanya kerana Allah Taala serta mendapat keberkatann daripadaNya.

>>>>> ikhlaskanlah ibadah hambamu ini ya Allah<<<<<

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s